Sep 20, 2008

MIGRAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hai...apa kbr korang? mcmana puasa hari ini? Aku hrp korang dapat jalani ibadah puasa dengan sempurna dan tenang ya. Di sini aku nak kongsi pendapat, pengalaman dan komen korang berhubung ngan penyakit MIGRAIN. Jommm baca sampai habis,k..

Apa tu migrain? Adakah korang pernah atau mmg menghidap migrain? Mcmana migrain boleh menyerang dan berapa lama kesakitannya berlarutan? Apakah faktor yang mendorong punca migrain ini menyerang seseorang individu? Mcmana nak kurangkan kesakitan migrain atau nak cegah migrain daripada menyerang? Semua pertanyaan ini akan bisa terjawab sekiranya korang mmg ada pengalaman diserang migrain.

Migrain ni sebenarnya sakit di bahagian kepala dan biasanya kesakitan dirasai sama ada di bahagian kiri ataupun kanan kepala. Adakalanya, kesakitan migrain dirasai pada bahagian hadapan mahupun belakang kepala jugak. Paling teruk bila kesakitan itu berlarutan hingga ke bahagian mata dan terasa seperti menusuk ke dalam otak..Arghhh...memang perit dan sakiiiittttt sangatt!

Untuk pengetahuan korang, aku juga mengalami migrain. Aku sering mengalami migrain dalam pelbagai situasi. Migrain ni aku dah alami sejak aku di Form 4 lagi dan sehinggalah ke hari ini. Masa aku Form 4 dulu, aku seringkali ke hospital kerna migrain ni punya pasal laa..Tapi, tiap kali itu gakla lepas aku diberi rawatan, ubat yang akan aku dapat hanyalah "paracetamol" atau panadol...huh..dari pengalaman aku, migrain ni sakitnya blh sampai 1 - 2 minggu tau. .malah, aku sendiri pernah alami migrain ni sehingga 3 minggu. Memang perit dan nak buat kerja apapun kacau la. Tak blh nak fokus terhadap kerja mahupun studi.

Tapi, bagi aku simptom-simptom yang menyebabkan migrain ni ialah satu, tekanan atau stress dalam kehidupan seperti tekanan terhadap kerja, study ataupun peribadi. Kedua, mungkin kurang tidur. Tiga, mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran misalnya bunyi bising, kacau-bilau, cuaca dan sebagainya. Bagi korang, antara simptom-simptom tadi, mana yang biasa korang hadapi? Atau, mungkin korang ada simptom lain selain dari yang aku sebutkan tu.

Biasanya, apa akan korang lakukan bila migrain menyerang? Tidur? Mandi? Makan ubat? Tapi, mmg teruklah bila kena migrain ni psl apa ianya boleh buat kita rasa tension, hilang mood dan macam2 lagi la. Dan satu perkara yang ketara dalam diri aku ialah aku tak suka bunyi bising walaupun semasa aku tidak diserang migrain. Keduanya, lepas makan ubat penahan sakit, aku akan cuba tidur tanpa memikirkan apa2. Dalam keadaan begitu, bila terbangun dari tidur aku akan rasa kurang sedikit biarpun masih terasa sakitnya.

Lagi satu, benarkah orang yang ada migrain tidak boleh minum kopi sebab kopi mengandungi kaffein yang tinggi. Kebanyakkan temanku ada menasihati aku supaya kurangkan meminum kopi. Adessss..mcmana la aku nak kurangkan minum kopi neh sedangkan itulah pebret aku yang nombor SATU! Biarpun fakta itu ada benarnya, tapi aku masih tetap meminum kopi ni..wahh..! Bukan apa la kan, aku rasa tak besh la hari aku tanpa secawan kopi ni..hihi..Minum yg lain blh gak, cuma aku rasa mcm tak se"best" meminum kopi bah..huhu...So, don't ask me to stop drinking coffee arr..

Okla kawan2ku sekalian....bagilah komen korang tentang perkara ni, k. Klu korang ada pengalaman atau any info mengenai migrain ni, sila2 berikan komen dan kita kongsi sm2 ok...


No comments:

Post a Comment

apa kata anda?