May 10, 2009

Mak..Selamat Hari Ibu ya... :)



10 Mei 2009 - Selamat Hari Ibu.

Sejujurnya aku tiada yang istimewa untuk dihadiahkan buat MAMA tercinta. Aku hanya memberikan MAMA sebuah ciuman dan pelukan kasih sayang sambil mengucapkan di telinganya "Mak, Selamat Hari Ibu ya..." Aku tak mahu peluk MAMA lama-lama kerana aku mudah mengalirkan airmata. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui, mengerti dan memahami perasaan aku betapa aku amat sayang & kasihkan MAMA. Doaku.....semoga MAMA sihat sejahtera dan di bawah lindungan Yang Maha Kuasa dalam setiap apapun jua kerana aku berniat ingin menghantar MAMA ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah dan haji, insya'allah...mudah-mudahan dikabulkan, amin.

Mar 28, 2009

Hepi untuk diri sendiri

Lama sudah aku tak menjengah blog aku ni. Aku mungkin kematian idea beberapa minggu kebelakangan ni atau mungkin juga kerana aku terlalu sibuk dengan kerja atau blablablabla.......haha! Tapi, aku memang tension betullah....sibuk punya pasal sampaikan aku tak ada kesempatan untuk melayan "internet". Dahla tak dapat layan "internet", idea aku entah behambur pegi mana...! Agaknya mungkin had processor kepala hotak aku dah sampai ke tahap hibernate barangkali...kahkahkah! Macam pc gak kan...ada masa bila dah panas tak reti nak off, hah...camtulah jadinya...!

Ermm...tapi, ada baiknya gak dari apa yang aku hadapi ni. Satu, ianya mengajar aku erti kesabaran. Tak kira apa hal sekalipun, mestilah sabar. Kalau tak sabar, apa benda pun tak menjadi...betul tak? Keduanya, dalam apajua situasi ketenangan itu sangat penting dan ketiganya, bila kombinasi sabar dan tenang bersatu, ianya akan memberikan diri aku sendiri ruang untuk berfikir dengan lebih positif. Di samping tu juga, apajua kerja yang aku buat akan memberikan satu rasa kepuasan buat aku, waahhhaa..! So, bila rasa puas....i'm feel so hepi and bila hepi sangat mestilah everything kita buat tu pun oke seja...haha iyala tu...mcm syok sendiri lak! Tapi, kena menten oke...jangan sampai lupa diri lak...

Actually kan, tak salah jika kita merasa hepi kerna bagi aku itu satu pemberian yang sangat berharga buat diri kita sendiri. Sebagai insan, kita layak untuk merasa gembira dan bahagia. Dalam hidup kita juga tak semua bertuah dan dilahirkan dengan akal yang bijak ataupun kaya. Hakikatnya, memang banyak perbezaan dari segala segi. Tapi, apabila kita lakukan sesuatu itu dengan sebaik mungkin, ikhlas dan bersungguh-sungguh, tak kira siapapun diri kita, insyaallah....semuanya akan "oke" punya!

Jan 3, 2009

Hari yang suram

Hari ke-3 yang suram dalam kalendar Januari 2009!

Hari ni Sandakan bermandi hujan. Langit masih kelihatan mendung meskipun tatkala hujan berhenti seketika. Sesekali angin sejuk bertiup menyapa masuk ke ruang tamu rumahku mendinginkan suasana. Huuuh...memang sejuk dan aku apa lagi...datanglah
mood malas aku pulak...haha! Alaaa...kan ni hari cuti. Apa salahnya aku buat-buat malas di rumah lepaskan tension kepala aku ni. A'arr, kamu pernah tension tak?

Nak tau cerita, lebih kurang seminggu lalu aku diserang migrain dan sepanjang minggu itu juga la aku dah macam kena sindrom kemurungan, omg! Apa tidaknya, sakitnya kepala aku Tuhan saja yang tahu. Punyalah azab aku rasa.......mau nangis pun ada!

Yang aku tak tahan tu bila tahap migrain aku yang sakit sesangat tu menyerang area mata aku. Sakitnya seolah-olah mata aku macam nak terkeluar! Dah tu, aku tak boleh buka mata besar2 sangat. Nak tengok skrin monitor komputer pun kena kecilkan mata, adehh..

Lagi satu, aku akan menjadi sensitif kepada silau cahaya, tak boleh dengar sound-sound yang kuat atau membengitkan telinga. Tengok tv pun kena slowkan volume...hadoii, punyalah siksa jiwa raga aku...ada kalanya aku jadi moody.

Jadi, sekarang? Alhamdulillah..dah oke sikit. Cuma, tak sepenuhnya la. Masih ada terasa sakit sedikit jak. Tapi, sekurang-kurangnya aku dah boleh ngadap pc aku ni, wakakaka! A'arr la..insyaallah dalam sehari dua nanti aku akan oke!

Have a nice day, yeah!

Jan 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Selamat Tahun Baru 2009 dan juga tak dilupa Tahun Baru Hijrah atau Ma'al Hijrah 1430H pada 29 Disember baru2 ini. Oke, apa yg kamu buat pada mlm tahun baru? Aku sebenarnya tiada sebarang perancangan yg istimewa utk sambut tahun baru ni. Bagi aku, ianya biasa saja dan sama seperti tahun2 yg lepas. Aku ada keluar jugak ngan seorang dua kawan ke bandar hanya untuk melihat kerancakkan warga bandar Sandakan ni dalam menyambut tahun baru.

Lagipun, aku tiada mood dalam keadaan kepala aku yang masih ada sisa kesakitan "megren" beberapa hari lalu. So, lepas makan di sebuah kedai aku ngan kawan pun balik la.. Malamnya, aku on9 tapi tak lama. Saja nak lepas gian chat agaknya. Lebih kurang setengah jam sebelum jam 12 tghmlm, ada pula kwn call nak ajak pegi makan kat luar. Hurmm....mulanya tu memang malas jugak. Tapi, kawan dah ajak sangat memandangkan malam new year la katanya, aku pun okela! So, pegi makan kat satu tempat, borak-borak sket sampailah detik 12 tghmalam menandakan pembukaan lembaran baru 1 Januari 2009. Oke, i'm done!