Sep 24, 2008

Antara Tipu, Bohong, Dusta, Pura-pura dan Sembunyi?

Apa kbr korang hari ni..? Sedar tak sedar hanya tinggal 6 hari saja lagi utk kita umat Islam menyambut Aidilfitri..insyaallah..

Hurmm...aku nak kongsikan pengalaman mahupun pandangan korang mengenai 5 perkataan ini.. TIPU, BOHONG, DUSTA, PURA-PURA dan SEMBUNYI. Apa tafsiran dan pengertian korang di antara kelima-lima perkataan tu?

Kenapa mesti ada TIPU?
Kenapa harus BOHONG?
Kenapa berDUSTA?
Kenapa perlu berPURA-PURA?
Dan kenapa SEMBUNYI sesuatu?

Aku mempunyai tafsiran sendiri bagi kelima-lima perkataan itu dan setiap perbuatan itu adalah bersebab. Korang pula, mcmana? Pernah korang menipu? Berbohong? Berdusta? Berpura-pura ataupun menyembunyikan sesuatu tak kiralah dari sesiapa, kepada sesiapa atau dlm apa jua situasi korang mahupun persekitaran korang. Cuma, yg pasti korang lakukan itu mestilah mempunyai sebab sendiri kan?

Kdg kala, manusia berbuat begitu atas sebab alasannya sendiri...iyala, mungkin antaranya dia tak mahu melukakan hati sesiapa ka..,atau demi kebaikan pihak2 tertentu.., ataupun demi pengorbanan terhadap sesuatu. Ataupun mungkin dlm sesebuah perhubungan la misalnya, mmg terlalu awal utk terangkan kedudukan sebenar siapa diri kita atau sebagainya, bagi sesetengah kita, kdg belum dpt menerangkan sesuatu kebenaran itu kpd seseorang yg baru kita kenali. Tak kiralah apa kebenaran sekalipun. Bkn niat nak tipu, bohong, dusta, berpura-pura atau menyembunyikan la, cuma belum bersedia kan.. Actually, nak gtau gak tu, cuma its not the right time bah. Itu pandangan yg biasa kita dengar. Nah, bagi korang mcmana pula, ada pernah mengalami situasi sebegini tak kiralah sama ada dlm dunia nyata korang mahupun menerusi alam maya (virtual) korang..

Tapi kan, kdg bila kita buat begini mesti ada urg tertentu tu yang "blame" korang kan? Sampai tuduh korang mcm2...maki hamun, cerca, ckp bukan2 seperti "...ko penipuuu!!" wahh! tak pun camni, "..pegi mampusla ko sna penipu..membuhung jak kerja ko sna..nda tau malu!!!" wahhh! lebih kurang camtu la dialog dia kan..hehe..mesti kita rs sedih sket kan..iyala, dah buat camtu, mestilah org akan naik angin kan? Tapi, hakikatnya hanya diri kita dengan DIA jak yg tahu...huhu

Dalam keadaan sedemikian, apalah yg korang mampu nak katakan kan? Paling2, membisu jakla..iyala, urg dah mrh..berapi2..takkan nak disiram minyak lg..adehh..kalau terkena bagi urg yg panas baran, mesti keadaan akan bertambah parah...tp, kalau bagi urg yg cool...penyabar gtu..alah, dia diam jak tu dan positif dlm menanggani situasi yg camtu. Apa-apapun, mesti diri kita akan rs "frust" dan tersentak bila menerimanya..

Ok, nnt korang komen, korang bg la pendapat korang ya..Aku tau, mesti korang pernah alami situasi2 "brutal" yg seumpama itu..hehe..dan mcmana ending dia..?




No comments:

Post a Comment

apa kata anda?