Dec 25, 2008

2008 ohh....2008

Hanya tinggal lebih kurang seminggu saja lagi tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya. Biasanya, bila tiba penghujung tahun, mesti kita akan mengimbas semula kenangan suka duka yg telah berlaku ke atas diri kita, kan? So, apakah perkara baik mahupun tidak yg telah kita harungi sepanjang tahun ini? Mungkin, segalanya itu melibatkan soal kerjaya, pelajaran, keluarga, teman2 ataupun percintaan. Tapi, walau apapun ia, sebagai insan kita perlu mengambil mana2 perkara yg baik itu sebagai pendorong untuk kita lebih bersikap positif dalam segala aspek. Manakala, perkara yang kurang menyenangkan pula kita jadikan iktibar dan pedoman untuk berubah ke arah kebaikan. Dan yang paling penting adalah diri kita sendiri boleh menerima semua bentuk kelemahan itu walaupun mungkin sukar untuk kita terima. Percayalah, semua itu adalah lumrah kehidupan. Apabila kita boleh menerima semua itu dengan penuh keterbukaan, maka hidup kita akan lebih bermakna dan kita menjadi lebih matang dalam mengharungi rencah kehidupan pada masa akan datang.

1. Kerjaya

Kerja aku alhamdulillah...baik sekali! Meskipun aku melaksanakan kerja2 berkaitan "administrative", namun aku juga terpaksa buat sedikit kerja2 untuk teknikal dan adakalanya melibatkan akaun. Kerja aku ni bolehlah dikatakan dah macam "rojak buah", haha! Bukan apa, actually memang disebabkan kurang staff la dan mungkin oleh kerana tiada staff lain yang sanggup buat agaknya..hehehe... Tetapi, aku memandang itu sebagai satu tanggungjawab meskipun aku akui adakalanya aku kurang faham dan selesa, namun aku tetap juga buat sebabnya aku ni "curious" gak orgnya... So, aku anggap ia sebagai satu "keseronokkan dalam bekerja" dan dengan berbuat begitu, aku merasa satu pengalaman kerja yang beshh sangat! Aku juga sangat menghormati rakan sekerja lain yang sememangnya jauh lebih tua daripada aku memandangkan aku adalah staff yg paling muda dikalangan kami..hehehe.. Aku akui memang terdapat segelintir staff yang merasa kurang senang, namun aku tidak memandang berat semua itu. Bagi aku, tanggujawab dalam melaksanakan tugas adalah lebih penting asalkan niat hati kita tidak menyimpang kepada yang tidak baik.

2. Pelajaran

Untuk tahun ini, aku telah melalui liku-liku tahun pertama sebagai part-time student. Meskipun aku mengalami sedikit kesukaran melibatkan masa antara kerjaya dan pelajaran, namun alhamdulillah berkat dorongan keluarga, rakan sekerja dan doa ke hadrat Yang Maha Esa, maka aku dapat harungi semua itu dengan baik. Di samping itu juga, aku giat menimba ilmu menerusi pelbagai sumber sebagai pemangkin usaha dan menambah pengetahuan. Aku juga sedar yang aku masih lemah dan banyak yang perlu aku pelajari dalam hidup ini. Justeru itulah aku ingin mendalami bidang-bidang tertentu dan insyaallah aku akan lakukan semua itu secara langkah demi langkah. Bagi aku, ingin mendalami sesuatu ilmu itu tiada batas sempadannya selagi kita gigih berusaha dan ikhlas untuk mendalaminya. Insyaallah..

3. Rakan-taulan

Sepanjang aku bergelar "part-time student" ini jugalah aku telah mengenali beberapa orang rakan baru. Meskipun berbeza usia, namun kami tetap saling menghormati antara satu sama lain. Oleh kerana kami masing-masing punya komitmen sendiri, maka kami hanya akan berjumpa dan berbincang pada hari kelas diadakan sahaja. Tapi, ada juga ketikanya kami membuat temujanji pada hari-hari tertentu dan biasanya pada hujung minggu untuk borak-borak serta berdiskusi tentang "assignment". Jika tidak, kami hanya akan berhubung menerusi SMS saja.

Oke, cukuplah setakat itu dahulu. Rasanya, apa yang aku nyatakan ini adalah antara pengalaman realiti yang berlaku ke atas diri aku buat masa ini. Selebihnya.........insyaallah akan aku titipkan sedikit masa lagi jika keadaan mengizinkan...hehehe...