Oct 28, 2008

Sepi itu Indah

Entah kenapa aku punya mode hari ni emo2 skit..hurmm.. Tetiba aku terkenangkan kwn lama yg aku knl hanya menerusi dunia virtual ini.. Namun, apa yg pasti sgt ialah aku tak bisa melupakan kenangan bersama kwn aku ni walaupun hakikatnya dia sudah pergi menemui Ilahi sudah lebih setahun yg lalu.. Sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Tuhan. Aku yang msh ada di sini tetap pasrah dan menerima qada' dan qadar yg telah ditentukanNya. Cuma, aku agak terkilan kerna tak dpt melihat arwah buat kali yg terakhir.

Ahh..masih terngiang-ngiang suara arwah tu di telingaku! Arwah seorang baik.. Hanya itu yg dpt aku katakan. Dia suka spin lagu ketika dlm "room". Dan lagu ini sebenarnya adalah lagu pengenalan antara kami sebagai sahabat maya. Masih aku igt, pd pertama kali arwah call PC aku, dia mengarkan aku lagu ini dan berkata.,"dgr dlu lagu ni ahh..jd, bila2 klu ko igt aku, ko dgr jak lagu ni,k...." aku OK saja. Katanya lagi, lagu itu menceritakan tentang dirinya yang berada di perantauan. Selesai jak abis lagu tu, dia sent padaku lagu tu. Aku pernah katakan padanya, mmg best lagu ni dan sesuai dgn citarasaku. Lagu ni actually nyanyian band Indon iaitu band "Dgyta". Mmg beshhh dan membuai perasaan.

Arwah seorang sahabat yang baik. Sering menasihatiku agar "jgn mudah emosi bila diri dikuasai keadaan" & sentiasa bersabar. Meskipun hanya pernah dengar suara dan melihat celotehnya hanya menerusi taipan virtual, tetapi aku suda dpt meneka sifat2 azali dlm dirinya. Cuma, kami tidak ditakdirkan untuk bertemu di alam nyata. Kini, yang tinggal hanya secebis memori yg tipis dan lirik lagu yg syahdu menjadi kenang-kenangan. Puitis, epilog sebuah kesepian.

~Kesepian~

kurindu disayangi
sepenuh hati
sedalam cintaku
setulus hatiku

kuingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan

*
bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku
lagi

tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir

bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku
adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

back to *

adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

Semoga roh arwah dicucuri rahmat ya Illahi...al-Fatihah

ceritera sekeping foto





Oct 27, 2008

Sandakan - Trig Hill

Sandakan dalam kehujanan... Boleh dikatakan hampir setiap hari sejak awal Oktober baru2 tu daerah kelahiranku ini dalam suasana hujan dan lembap. Tengoklah gambar2 yg aku snap ni. Awan tebal dan langit kelihatan gelap biarpun pd ketika aku amik gambar ni kan, waktu baru dlm lingkungan kul 10 pagi! Dan ketika ini pun, hujan turun renyai2 dan berangin...jom jalan2 tengok Trig Hill...;)

foto 1 - tu papan tanda menuju ke Jln Bukit Trig atau Trig Hill

foto 2 - baru sampai jak trus snap Menara Trig Hill ni..tp, yg nda beshnya tu taim ni pagar utk naik ke menara ni kena lock...so, tak dptla naik..huhu

foto 3 - Tugu Peringatan Mendiang Menteri Pengangkutan Sabah 1976 (oppss..aku lupa catat namanya ) Tugu ni dibina sempena memperingati mendiang & beberapa org yg lain yg meninggal dlm nahas kapal terbang terhempas..:(

foto 4 - foto ni aku snap dr atas bukit Trig Hill. Cantikkk!

Aku sebenarnya dah lama tak naik ke atas bukit Trig Hill ni.. Dari atas bukit ni lah kita boleh nampak suasana di bandar Tanah Merah dan Bandar Ramai-Ramai.

foto 5 - yg ni pun sama...

foto 6 - suasana hujan renyai2..berangin....

foto 7 - hanya sesekali sang mentari yg samar2 kelihatan di antara awan nan tebal

foto 8 - pohon2 lembap & lorong2 jln yg berlumut..


Oct 23, 2008

langit-langit cerah nan indah

Aku borink..blur...tension..warghhh.. Tapi, aku masih bisa menjalani kehidupan normalku seperti biasa walaupun aku teramatlah sibuk dengan kerja dan juga studi aku. Tambahan ni dah masuk ke penghujung tahun....tak abis ngan keja, nak concentrate exam la pulak! Hinshh..!

Ok, aku lupakan seketika kesibukkan keja dan studi aku...hehe... Well, aku suka tengok pemandangan langit. Selain dr pemandangan langit, aku paling suka melihat keindahan pantai. Mendengar dengusan ombak...angin bertiup sepoi2 bahasa...apatah lagi jika dpt melihat mentari senja terbenam di hujung lautan. Tp, di Sandakan ni tiada pantai yg boleh aku katakan indah dan menarik..huhu.. Aku rasa sedih gak sebab tiada ka developer yang mau membangunkan pantai Pasir Putih di Sandakan ni?? Terbiar...kotorrr...tak seindah namanya. Uppss...ok..ok..nnt aku cuba dapatkan pict di pantai Pasir Putih tu. So, tunggu untuk catatanku mengenainya sikit hari lagi, k.

Tapi, sekarang aku tunjukkan pict "langit-langit" ni.. Pict langit ni aku amik taim cuaca panasla sangatt semasa aku dlm perjalanan balik dari menghadiri exam jabatan. hehe..

lihatlah pancaran matahari tu..gumpalan awan....siok eh!tengokla matahari tu...bahang panasnya amat terasa..ni ILP di Sandakan, tempat di mana aku amik exam jabatan hari tu..hehe

Oct 13, 2008

Suasana Pasar Minggu di Sandakan

- pakaian bundle atau istilah di sini "rombengan" -

- antara spesis haiwan yg ada dijual "tuntung" -

Oct 2, 2008

Hari Raya 2008!

- Salam Lebaran Aidilfitri-

Aminnn..last2 sesudah sebulan menunaikan ibadah puasa, kini kita meraikan pula Hari Raya Aidilfitri d thn 2008 ini! Hurmm..pa yg siok raya thn ni arr? Pd aku yg besh sesangat tu ialah bila dpt berkumpul d pagi 1 Syawal bersama keluarga....ngan mama, abg2, kakak, adik aku dan dot..dott..dottt..PhotobucketPhotobucketJd riuh rendah suasana d buatnyaPhotobucketTp, besala kan bila kita dah kumpul satu keluarga tu, tetiba sayu gak bila teringat pd yg tiada...wlu mcmana pun, taim raya pertama ni la taim yg paling syahdu utk d ingati selamanya....aisehhPhotobucket

Pd raya pertama ni, besala..pegi menziarahi pusara ayahanda tercinta..al-fatihah utk mereka yg telah tiada..semoga roh kudus mereka d cucuri rahmat..amin.

Bah, msuk bab mkn pulaPhotobucketyg beshnya tu tiap kali raya mesti ada "lamban" dan lauk kari daging ataupun ayam msk kurma. Perghhhhh..sedapppp! Klu nak tau, "lamban" ni sebenarnya sejenis nasi pulut yg d msk ngan santan yg d bungkus daun kelapa & kemudiannya d rebus..ni dah mcm tradisi la bg famili aku..hehePhotobucket

- lamban -

Bah, pd kwn2 aku nak ucapkan slmt hr raya aidilfitri, maaf zahir dan batin,k!pizzzz..zero2 kunu arrPhotobucket