Sep 23, 2012

Diari Anak-Anak - Lisya

Lagi aktiviti anak-anak tadika.

Acara : Sukaneka Si Cilik Aktif Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Sandakan
Tarikh : 22 Sept 2012 (Sabtu) 
Masa : 7.00 pagi
Tempat : Padang Bandaran Sandakan




Mydotter Lisya Emilia (6 thn) terlibat dalam sukaneka ni. Menari 'pom-pom' dan acara sukaneka. Aku pun terbabit sama bagi acara ibubapa : lari berpasangan dgn kaki terikat dan acara menyusun  melangkah ikut lontaran dadu gergasi. Sebenarnya, ada nama khas bagi acara2 ni, tapi dah tak ingat sebab suasana riuh sangat macam stadium bola, haha. 

Ok, seawal kul 6:45pagi dah bertolak dari kelas dorg dengan menaiki van sewa. Sampai kat Padang Bandaran Sandakan dalam kul 7.15 pagi. Anak-anak tabika terus berkumpul dan berbaris kerana acara pertama dorg ni ialah "pertandingan menari pom-pom".

mydotter - Lisya Emilia
Pom-Pom - Nama Kumpulan "Super junior" Lagu : Sorry Sorry
Kump. Super Junior dr Tabika Perpaduan Taman Rajawali, yehaa.

pom-pom gurl
Rehat jap...makan...pasni acara perbarisan & sukaneka pula
Perbarisan
Anak-anak tabika bersama Cikgu Rin (baju merah) & Pengarah JPNIN Sabah
bergambar sebelum acara sukaneka bermula
gembira dorg kan...hehe.......nombor 6D untuk hari ni...266144.haha (gurau)
 *gambar anak bersukaneka dan acara ibubapa tak dapat amik sebab kamera kehabisan bateri, kihkihkih...


Apapun acara selesai lebih kurang kul 1 pm. Tabika mydotter kurang bernasib baik kali ni teda dapat tempat apa-apa, melainkan acara ibubapa dapat nombor 3 dalam acara baling dadu gergasi tu. Dapatlah maknya ni gift 'tupperware' hehe. Fuh, sakit kepala menyengat plus letih lagi. Kesian mydotter pun letih. Sampai rumah lebih kurang kul 2 pm, sangat penat, mandi terus sambung tidur.

Sekianla.

Kepala (megren) masih terasa..tapi, dah kurang sedikit. Apapun jom nikmati sarapan di pagi ahad hari ni.......

*Nescafe nai panas dan tumpi kelapa* 


Sep 14, 2012

Homemade Coto with Meatball (Simple)

Aku suka masak. 

Takla pandai sangat macam chef tu, tapi sebagai ibu kepada empat anak  perempuan dan satu-satunya seorang anak lelaki, aku seharusnya mestilah tahu dan pandai masak. Lagipun, sudah jadi tanggungjawab mendidik supaya anak-anakku pandai masak suatu hari nanti terutama apabila mereka sudah dewasa dan berumahtangga.


Bah, untuk entri 'masak-masak' hari ni, aku try masak Coto Makassar versi aku. Dah puas makan coto makassar di kedai makan di Bandar Sandakan tu, tapi kali ni aku try sendiri...! 

OK, Coto Makassar biasanya mesti ada perut lembu, urat, daging atau isi ayam, kan? Tapi, untuk versi aku ni aku hanya gunakan bebola daging (meatball) dan nasi himpit (ketupat nasi) ja....simple kan ;) 

Homemade Coto with Meatball
Bahan utama :
Untuk coto aku ni, aku guna Bebola Daging (meatball) jak..versi ekspres, ihiks.
( klu ada isi ayam, daging, perut lembu, hati buyah pun boleh..hehe )

Bahan untuk tumisan :
Bawang Putih, Bawang Besar, Bawang Merah - dikisar
Halia, Lengkuas & Serai - dikisar
Buah Keras - ditumbuk halus (dikisar)

Rempah Sup 
Susu Cair / Santan
Air

Kacang tanah - digoreng tanpa minyak kemudian kisarkan.

Bahan untuk penyedap rasa dan hiasan :
Kicap Pekat
Cili padi (lada mi)
Nasi himpit (ketupat)
Garam & ajinomoto
Gula
Limau Kasturi
Bawang Goreng
Daun Sup

Cara aku masak :

Panaskan minyak. (jangan terlalu panas la..hehe)
Masukkan kesemua bahan-bahan yang dikisar satu-persatu. Kacau rata dan pastikan tidak terlalu garing. Masukkan air sedikit.
Kemudian, masukkan kacang tanah yang dikisar.
Masukkan susu cair atau santan, garam ajinomoto, gula dan kicap. 
Last sekali, masukkan bebola daging. 
Tunggu hingga mendidih dan matikan api.

OK, SIAP!

Hidangkan dalam mangkuk bersama nasi himpit, daun sup, bawang goreng, limau kasturi dan cili (atau sambal lada/lada mi).


NOTASaya jarang masak ikut sukatan yang tetap. Saya ikut "anggaran" saja. Lagipun, masak untuk keperluan keluarga takla banyak sangat pun...hehe....

p/s : oleh kerana ni resepi homemade versi aku, jd bahan-bahan asas tu masih sama cuma aku buat simple ja tapi masih mengekalkan rasa COTO MAKASSARnya tau! Kuahnya sungguh perghhhhhhh!

Selamat Mencuba!

Sep 13, 2012

Secangkir Kopi dan Sukun Goreng

Menikmati secangkir kopi o dan sepinggan sukun goreng.....



sumber : Google
Buah  Sukun  (sumber : Google )



Sep 12, 2012

Homemade Chocolate Moist Cake Kukus


Homemade Chocolate Moist Cake Kukus


Kek ni sebenarnya aku buat untuk my dotter yang no-4, Lisya Emilia ( 6 thn ) untuk Majlis Sambutan Harijadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Taman Rajawali pada 13/09/2012 tu. Tabika mydotter buat majlis tu untuk meraikan harijadi kanak-kanak dari bulan Mei sehinggalah September. So, mydotter befday 28/08 lepas, jadi termasuklah juga sekali..hehe

Kek ni pun simple dan senang jak nak buat. Tak perlu bakar, kukus saja.

Bahan-bahan :

Bahan A :
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

Bahan B :
3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan untuk Topping : 
2 sb serbuk koko
4 sb gula
3 sb susu pekat manis
5 sb susu cair
1 sk vanilla essence
3 sb marjerin
1 sk garam
1 1/2 cwn air panas.
3 sb tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air. 

Cara Masak :

Campur semua bahan A dan kacau hingga sebati.
Panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair dan sekata. Asing dan sejukkan.

Pukul telur 3 biji. 
Kemudian, masukkan bahan A. Kacau hingga sebati.

Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.

Griskan loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. 
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.

Cara Masa Toping:

*Masak topping ni tak lama, jadi sebaiknya sediakan bila kek telah hampir masak.

Masukkan kesemua bahan topping ke dalam periuk dan didihkan, kecuali 1/2 cwn air bancuhan tepung jagung.

Bila mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau hingga likat
Matikan api, angkat dan siram ke atas kek yang sudah masak. Ratakan.

Hiaskan dengan taburan colouring rice yang berwarna-warni.