Jan 3, 2009

Hari yang suram

Hari ke-3 yang suram dalam kalendar Januari 2009!

Hari ni Sandakan bermandi hujan. Langit masih kelihatan mendung meskipun tatkala hujan berhenti seketika. Sesekali angin sejuk bertiup menyapa masuk ke ruang tamu rumahku mendinginkan suasana. Huuuh...memang sejuk dan aku apa lagi...datanglah
mood malas aku pulak...haha! Alaaa...kan ni hari cuti. Apa salahnya aku buat-buat malas di rumah lepaskan tension kepala aku ni. A'arr, kamu pernah tension tak?

Nak tau cerita, lebih kurang seminggu lalu aku diserang migrain dan sepanjang minggu itu juga la aku dah macam kena sindrom kemurungan, omg! Apa tidaknya, sakitnya kepala aku Tuhan saja yang tahu. Punyalah azab aku rasa.......mau nangis pun ada!

Yang aku tak tahan tu bila tahap migrain aku yang sakit sesangat tu menyerang area mata aku. Sakitnya seolah-olah mata aku macam nak terkeluar! Dah tu, aku tak boleh buka mata besar2 sangat. Nak tengok skrin monitor komputer pun kena kecilkan mata, adehh..

Lagi satu, aku akan menjadi sensitif kepada silau cahaya, tak boleh dengar sound-sound yang kuat atau membengitkan telinga. Tengok tv pun kena slowkan volume...hadoii, punyalah siksa jiwa raga aku...ada kalanya aku jadi moody.

Jadi, sekarang? Alhamdulillah..dah oke sikit. Cuma, tak sepenuhnya la. Masih ada terasa sakit sedikit jak. Tapi, sekurang-kurangnya aku dah boleh ngadap pc aku ni, wakakaka! A'arr la..insyaallah dalam sehari dua nanti aku akan oke!

Have a nice day, yeah!

Jan 1, 2009

Selamat Tahun Baru 2009


Selamat Tahun Baru 2009 dan juga tak dilupa Tahun Baru Hijrah atau Ma'al Hijrah 1430H pada 29 Disember baru2 ini. Oke, apa yg kamu buat pada mlm tahun baru? Aku sebenarnya tiada sebarang perancangan yg istimewa utk sambut tahun baru ni. Bagi aku, ianya biasa saja dan sama seperti tahun2 yg lepas. Aku ada keluar jugak ngan seorang dua kawan ke bandar hanya untuk melihat kerancakkan warga bandar Sandakan ni dalam menyambut tahun baru.

Lagipun, aku tiada mood dalam keadaan kepala aku yang masih ada sisa kesakitan "megren" beberapa hari lalu. So, lepas makan di sebuah kedai aku ngan kawan pun balik la.. Malamnya, aku on9 tapi tak lama. Saja nak lepas gian chat agaknya. Lebih kurang setengah jam sebelum jam 12 tghmlm, ada pula kwn call nak ajak pegi makan kat luar. Hurmm....mulanya tu memang malas jugak. Tapi, kawan dah ajak sangat memandangkan malam new year la katanya, aku pun okela! So, pegi makan kat satu tempat, borak-borak sket sampailah detik 12 tghmalam menandakan pembukaan lembaran baru 1 Januari 2009. Oke, i'm done!