May 10, 2009

Mak..Selamat Hari Ibu ya... :)



10 Mei 2009 - Selamat Hari Ibu.

Sejujurnya aku tiada yang istimewa untuk dihadiahkan buat MAMA tercinta. Aku hanya memberikan MAMA sebuah ciuman dan pelukan kasih sayang sambil mengucapkan di telinganya "Mak, Selamat Hari Ibu ya..." Aku tak mahu peluk MAMA lama-lama kerana aku mudah mengalirkan airmata. Hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui, mengerti dan memahami perasaan aku betapa aku amat sayang & kasihkan MAMA. Doaku.....semoga MAMA sihat sejahtera dan di bawah lindungan Yang Maha Kuasa dalam setiap apapun jua kerana aku berniat ingin menghantar MAMA ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah dan haji, insya'allah...mudah-mudahan dikabulkan, amin.