Sep 24, 2008

Martabak Sabahan


Hai semua...korang sungkai juadah apa petang tadi? Hmm..apapun yg korang makan, mestilah juadah yg korang suka sesangat, kann? Hmm.....korang tau hari ni aku rs cam borink sgt stay kat opez...keja aku yg tak kureng gak byknya menimbun atas mija..huh, aku tengok selambe je fail2 tu..ahh, biarla dulu..bos teda gak, hehehe..nak on9 pun aku teda mood gak..ni apa taknya, centralised aircond kat bangunan opez aku meragam pulak..hinsshhhh! Panassnyaaa...dahla tu, megren aku rs sakit lak..huhu..

Last2, aku keluar awal dari opez...kebetulan, hari ni hari gaji..yahuu! So, aku igt nak beli juadah untuk berbuka puasa nnt bersama mama aku. Justeru, aku singgah di Bazaar Ramadhan dkt Tmn Fajar untuk membeli juadah yg aku gemari. Biasanya, aku akan beli air tebu pebret aku la, sedikit kuih-muih dan jugak soto makassar. Pastu, aku singgah di gerai seorang kawan. Dorang ni mmg trio la yg tiap2 tahun tak "missed" mesti ada berjualan sempena bulan puasa ni. Dorang ni bertiga mmg kwn baik dan peramah orgnya. Masing2 ada peranan sendiri dlm bisnes dorang. Nak tahu, dorang ni sebenarnya berniaga jual "Martabak Sabah". Bagi aku, martabak dorang ni yg beshh sekali di bazaar ni. Dan muka2 kelakar dorang ni mmg tahun2 hadir di bazaar ni. So, petang tu aku belilah martabak dorang 4 keping bebb..haha! Sambil2 dorang beraksi, aku pun jadi kamera-man la amik pic dorang nih..ngeh3..

Mari kita saksikann.....Martabak Sabah

"Martabak Sabah - RM2.50"

Mariii..marii....haha! Nak tahu, inilah Martabak Sabah yg dijual pada harga RM2.50 sekeping. Actually, gerai Martabak Sabah ni hanya akan ada pada setiap tahun dalam bulan puasa aje dan dimiliki oleh "trio" brader2 yg peramah belaka dan murah dgn senyuman kpd pelanggan2 yg dah biasa ngan dorang ni. Manakala, gerai mereka ni terletak di Bazaar Ramadhan dkt taman perumahan di Taman Fajar, Batu 7, Jln Airport, Sandakan. Alaaa...depan supermarket Cheong Loong tu atau biasanya kena panggil "supermarket fajar" je.

Bro Jack - brader ni tukang bancuh ramuan2 martabak dan merangkap "banker" la..hehe

Brader ni tugas dia bancuh ramuan2 martabak la...Ramuan2 yg biasa digunakan dlm masakan Martabak Sabah ni ialah sayur kubis, telur, serbuk lada putih(sulah), perasa, isi daging ataupun ayam dan yg penting ialah "power" tangan brader ni taim membancuh ramuan2 tu la...tu kira secret resipi la tu...hehe

Bro Elmi -inlah chef cook Martabak Sabah ni..somel & sehat kann..hehe

Yang ni pulak, chef cook martabak ni la..adehh...somel kann....? Tiap kali dia masak, mesti ada skill2 ataupun gayanya yg tersendiri..dia tebar roti tu pun ngan selambeee je tau..sesekali dia rajin gak bercerita2 ngan pelanggan2 dia..peramah gtu...Nak tahu lagi, dia ni bakal pengantin tau! Menurutnya, dia akan melangsungkan perkahwinannya pada Hari Raya Ke-3 nnt..Ni kira dia bisnes sambil jemput aku la ni untuk hadiri majlis dia tu nnt. Insyaallahh...

Bro Nash - Ni tukang "take order" pelanggan merangkap tukang bungkus martabak..kahkah!

Haha, yang ni bro Nash..mmg seorang yg mesra alam dan peramah sangat. Dia in'charge amik order pelanggan dan jugak tukang bungkus martabak yg telah siap. Memang baikla dorang ni dan tak sombong..dalam kesibukkan camtu pun dorang ni masih sempat lagi bergurau2. Yang besh tu, dorang bertiga ni kan tahu acting atau peranan masing2..siokla!

No comments:

Post a Comment

apa kata anda?