Sep 14, 2012

Homemade Coto with Meatball (Simple)

Aku suka masak. 

Takla pandai sangat macam chef tu, tapi sebagai ibu kepada empat anak  perempuan dan satu-satunya seorang anak lelaki, aku seharusnya mestilah tahu dan pandai masak. Lagipun, sudah jadi tanggungjawab mendidik supaya anak-anakku pandai masak suatu hari nanti terutama apabila mereka sudah dewasa dan berumahtangga.


Bah, untuk entri 'masak-masak' hari ni, aku try masak Coto Makassar versi aku. Dah puas makan coto makassar di kedai makan di Bandar Sandakan tu, tapi kali ni aku try sendiri...! 

OK, Coto Makassar biasanya mesti ada perut lembu, urat, daging atau isi ayam, kan? Tapi, untuk versi aku ni aku hanya gunakan bebola daging (meatball) dan nasi himpit (ketupat nasi) ja....simple kan ;) 

Homemade Coto with Meatball
Bahan utama :
Untuk coto aku ni, aku guna Bebola Daging (meatball) jak..versi ekspres, ihiks.
( klu ada isi ayam, daging, perut lembu, hati buyah pun boleh..hehe )

Bahan untuk tumisan :
Bawang Putih, Bawang Besar, Bawang Merah - dikisar
Halia, Lengkuas & Serai - dikisar
Buah Keras - ditumbuk halus (dikisar)

Rempah Sup 
Susu Cair / Santan
Air

Kacang tanah - digoreng tanpa minyak kemudian kisarkan.

Bahan untuk penyedap rasa dan hiasan :
Kicap Pekat
Cili padi (lada mi)
Nasi himpit (ketupat)
Garam & ajinomoto
Gula
Limau Kasturi
Bawang Goreng
Daun Sup

Cara aku masak :

Panaskan minyak. (jangan terlalu panas la..hehe)
Masukkan kesemua bahan-bahan yang dikisar satu-persatu. Kacau rata dan pastikan tidak terlalu garing. Masukkan air sedikit.
Kemudian, masukkan kacang tanah yang dikisar.
Masukkan susu cair atau santan, garam ajinomoto, gula dan kicap. 
Last sekali, masukkan bebola daging. 
Tunggu hingga mendidih dan matikan api.

OK, SIAP!

Hidangkan dalam mangkuk bersama nasi himpit, daun sup, bawang goreng, limau kasturi dan cili (atau sambal lada/lada mi).


NOTASaya jarang masak ikut sukatan yang tetap. Saya ikut "anggaran" saja. Lagipun, masak untuk keperluan keluarga takla banyak sangat pun...hehe....

p/s : oleh kerana ni resepi homemade versi aku, jd bahan-bahan asas tu masih sama cuma aku buat simple ja tapi masih mengekalkan rasa COTO MAKASSARnya tau! Kuahnya sungguh perghhhhhhh!

Selamat Mencuba!

Sep 13, 2012

Secangkir Kopi dan Sukun Goreng

Menikmati secangkir kopi o dan sepinggan sukun goreng.....



sumber : Google
Buah  Sukun  (sumber : Google )



Sep 12, 2012

Homemade Chocolate Moist Cake Kukus


Homemade Chocolate Moist Cake Kukus


Kek ni sebenarnya aku buat untuk my dotter yang no-4, Lisya Emilia ( 6 thn ) untuk Majlis Sambutan Harijadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Taman Rajawali pada 13/09/2012 tu. Tabika mydotter buat majlis tu untuk meraikan harijadi kanak-kanak dari bulan Mei sehinggalah September. So, mydotter befday 28/08 lepas, jadi termasuklah juga sekali..hehe

Kek ni pun simple dan senang jak nak buat. Tak perlu bakar, kukus saja.

Bahan-bahan :

Bahan A :
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak

Bahan B :
3 biji telur
1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan untuk Topping : 
2 sb serbuk koko
4 sb gula
3 sb susu pekat manis
5 sb susu cair
1 sk vanilla essence
3 sb marjerin
1 sk garam
1 1/2 cwn air panas.
3 sb tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air. 

Cara Masak :

Campur semua bahan A dan kacau hingga sebati.
Panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair dan sekata. Asing dan sejukkan.

Pukul telur 3 biji. 
Kemudian, masukkan bahan A. Kacau hingga sebati.

Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.

Griskan loyang dan tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. 
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.

Cara Masa Toping:

*Masak topping ni tak lama, jadi sebaiknya sediakan bila kek telah hampir masak.

Masukkan kesemua bahan topping ke dalam periuk dan didihkan, kecuali 1/2 cwn air bancuhan tepung jagung.

Bila mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau hingga likat
Matikan api, angkat dan siram ke atas kek yang sudah masak. Ratakan.

Hiaskan dengan taburan colouring rice yang berwarna-warni.



Jan 1, 2012

Tahun Baru Masehi 2012

foto by : Izwan Photography @fireworks 2012 Sandakan
Selamat Tahun Baru Masehi 2012 ~ 

Hampir terlewat aku mencoret catatan di tahun baru ini. Apapun setiap menjelangnya tahun baru, pastinya azam akan menjadi tajuk utama.

Ok, aku tidak menyimpan apa-apa azam untuk tahun baru. Aku hanya mengharapkan agar pekerjaanku dapatku laksanakan dengan sebaik-baiknya dan pelajaranku yang tinggal setahun ini saja lagi untuk ditamatkan, insyaAllah. Di samping itu,  aku mengharapkan agar bisnes online/offline kecil-kecilan yang baru saja aku lakukan sekarang ini akan berhasil walaupun pulangannya takla sebesar mana. Sekadar sampingan saja bagi mengisi masa selain menambah pendapatan tambahan untuk belanja sehari-hari. Tapi, setakat ini alhamdulillah adalah juga hasilnya sedikit.

Dan apa yang penting adalah kesejahteraan kehidupanku bersama keluargaku yang tercinta. Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat serta limpah rezeki kurniaan yang telah Engkau berikan dan semoga aku dan keluargaku sentiasa dilapangkan rezeki, dipermudahkan urusan yang baik-baik, diberi kesihatan yang baik, panjang umur dan bahagia dunia akhirat. Semoga apajua yang aku lakukan akan mendapat keberkatan dan keredhaan dari Allah SWT. Amin.

Eh, dan buat anda aku doakan semoga sukses ya!