Nov 30, 2011

entri nda tidur

Entri tentang "nda tidur" atau nda dapat tidur, sebenarnya. 

Banyak yang berlegar-legar di fikiran. Ada yang baik, ada yang tak atau tentang nothing. Di fikiran - tentang perkara yang dah lepas. Kenapa kita sering memikirkan sesuatu atau perkara yang dah berlalu? Oh, mungkin kerana ianya belum selesai lagi atau tergantung...erkk, tergendala? Ok, fikir positif dan memandang ke hadapan. Ambil yang baiknya sahaja, selebihnya yang dah rosak biarkan saja atau tepatnya buang dari benak fikiran. Kacau saja!

Lagi, memikirkan perkara untuk yang akan datang ini? Sama ada perancangan atau perkara yang kita tak pasti apakah ia. Well, apapun kemungkinannya jika sesuatu yang belum pasti, doa dan tawakkal. Yang penting, 'nawaitu'.  Apapun yang kita inginkan dalam kehidupan ini, pastinya kita menginginkan yang baik-baik saja sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun sebagai insan. 

Aku? Keluarga yang utama. Emak, suami dan anak-anak. Melalui kehidupan sukar yang penuh ranjau, pahit dan manis sudah aku merasai. Itu pengalaman yang aku suka. Ada masam, ada manis. Pahit, selalu. Tapi, itulah 'life' takkan indah tanpa rencahnya. Apapun aku lakukan sebagai seorang yang bergelar ibu, wanita bekerjaya dan juga pelajar part-time memang mencabar. Bagiku, biarlah keperluanku sekadar 'asal ada,', asalkan demi keluarga terutama anak-anak harus diurus. Pentingnya, dari sumber rezeki yang halal. Eh, tadi cerita pasal fikiran, kan? Oh, ternyata aku memang amat mengambilberat soal keluarga, terutama anak-anak. Tanggungjawab, hehe.

Mata mulai berat. Entri nda dapat tidur  ini  akhirnya berjaya jua membuatkan aku mengalah untuk tidur. Ops, entri macam ni pun boleh bikin mengantuk kah? Apa-apalah.

Habis cerita.

Nov 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H/2011M

 "Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu Pesuruh Allah"

Ma'al Hijrah adalah hari penting sempena peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah demi menegakkan syiar Islam pada tahun 622 Masehi. Peristiwa itu berlaku pada 1 Muharram yang merupakan hari pertama dan tahun baru bagi takwim hijrah.

Dan alhamdulillah, selepas hijrahku lebih kurang 2 bulan lepas kini dengan kedatangan awal Muharram ini telah menambahkan lagi kekuatan serta keazamanku untuk lebih mendalami ilmu agama Islam yang suci ini. Bagiku kesempurnaan seorang insan bukan saja terletak pada luaran, malah perlu disempurnakan dalamannya dahulu iaitu hati nurani. Hati yang perlu disucikan agar dapat menerima ilmu dan hati di mana letaknya keimanan serta taqwa. InsyaAllah, dipermudahkan.

1 Muharram detik permulaan
Perpindahan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirrin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua kita sambut Ma'al Hijrah
Tekadkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman.
~~~~~

Oct 31, 2011

30 Oktober ~ UlangTahun Usiaku!

Syukur alhamdulillah...terima kasih Ya Allah kerana hari ini Kau masih memberiku usia untuk setingkat lagi. 


Bismillahir'rahman'nirahim

Ya Allah, Berikanlah aku kesihatan yang baik, ilmu yang berguna, rezeki yang murah dan halal, keluarga yang bahagia, suami yang bertimbangrasa, anak-anak soleh dan solehah serta tetapkanlah hatiku untuk terus beriman denganMu, sentiasa bersyukur dengan nikmatMu, sentiasa merendah hati sesama manusia, menolong pada yang memerlukan serta sifat ikkhlas, sabar dan taqwa dalam ibadah kehidupan.

Amin Ya Rabbal Alamin

Berpesan-pesan pada kebaikkan

Sekadar renungan dan ingatan buat kita.


MasyaAllah – Allah Maha Agung
Astaghfirullahhal’azim – Aku memohon keampunan Allah (istigfar)
SubhanAllah – Maha Suci Allah
Nauzubillah – Kami memohon perlindungan Allah

Maka, penggunaan “MasyaAllah” ketika berhadapan dengan situasi yang tidak elok adalah salah dan tidak diajarkan. Yang patut kita lafazkan ialah “Astagfirrullahhalazim” ataupun “Innalillah” (Kepada Allah kita kembali) ataupun “Nauzubillah”. Kebanyakkan yang berlaku hari ini, biasanya menerusi  rancangan di televisyen menggunakan “MasyaAllahketika terlihat perkara-perkara maksiat terutamanya wanita-wanita yang tidak menutup aurat. Sepatutnya, kita beristighfar (memohon keampunan Allah) apabila melihat perkara-perkara yang di tegah Allah. Jika kita melalui atau melihat sesuatu perkara yang menggembirakan kita ataupun perkara-perkara yang hebat lagi ajaib, maka sebutlah “SubhanAllah”

Semoga kita tidak terlalai.Wallahu'alam.

Oct 29, 2011

Taman Buaya Sandakan

Tarikh : 29/10/2011 (Sabtu)
Lokasi : Taman Buaya Sandakan
Agenda : Bawa anak-anak tengok buaya..hehe

Kesian tengok anak-anak yang dah keboringan di rumah. Tiada aktiviti nak buat, so, aku suggest-lah dengan huby nak bawa anak-anak ke Taman Buaya yang terletak di Batu 8. Sambil-sambil tu, si huby bolehlah ambil gambar kan,hehe. Suka bila tengok anak-anak enjoy dan happy, kita sebagai ibubapa pun terasa nikmatnya.

Sebenarnya sekali-sekala bawa anak-anak beriadah di luar ni bagus juga sebab boleh buka minda dorang sambil melihat sendiri haiwan ni. Sifat kanak-kanak memang ingin tahu (curious) perkara yang baru bagi mereka. Boleh dikatakan semua dia nak tahu, tanya haiwan ni apa, tanya kenapa haiwan tu nampak bergitu dan macam-macam lagi lah! Sampaikan riuh dibuatnya..haha! Tapi, alhamdulillah seronok dan bahagia melihat anak-anak enjoy! 

 
Buah hatiku
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

Insya'Allah, next time nak bawa anak-anak ke Probosis Monkey Sanctuary pulak. Ok, coming soon ya! :-)