Nov 30, 2011

entri nda tidur

Entri tentang "nda tidur" atau nda dapat tidur, sebenarnya. 

Banyak yang berlegar-legar di fikiran. Ada yang baik, ada yang tak atau tentang nothing. Di fikiran - tentang perkara yang dah lepas. Kenapa kita sering memikirkan sesuatu atau perkara yang dah berlalu? Oh, mungkin kerana ianya belum selesai lagi atau tergantung...erkk, tergendala? Ok, fikir positif dan memandang ke hadapan. Ambil yang baiknya sahaja, selebihnya yang dah rosak biarkan saja atau tepatnya buang dari benak fikiran. Kacau saja!

Lagi, memikirkan perkara untuk yang akan datang ini? Sama ada perancangan atau perkara yang kita tak pasti apakah ia. Well, apapun kemungkinannya jika sesuatu yang belum pasti, doa dan tawakkal. Yang penting, 'nawaitu'.  Apapun yang kita inginkan dalam kehidupan ini, pastinya kita menginginkan yang baik-baik saja sama ada dalam kerjaya, pelajaran mahupun sebagai insan. 

Aku? Keluarga yang utama. Emak, suami dan anak-anak. Melalui kehidupan sukar yang penuh ranjau, pahit dan manis sudah aku merasai. Itu pengalaman yang aku suka. Ada masam, ada manis. Pahit, selalu. Tapi, itulah 'life' takkan indah tanpa rencahnya. Apapun aku lakukan sebagai seorang yang bergelar ibu, wanita bekerjaya dan juga pelajar part-time memang mencabar. Bagiku, biarlah keperluanku sekadar 'asal ada,', asalkan demi keluarga terutama anak-anak harus diurus. Pentingnya, dari sumber rezeki yang halal. Eh, tadi cerita pasal fikiran, kan? Oh, ternyata aku memang amat mengambilberat soal keluarga, terutama anak-anak. Tanggungjawab, hehe.

Mata mulai berat. Entri nda dapat tidur  ini  akhirnya berjaya jua membuatkan aku mengalah untuk tidur. Ops, entri macam ni pun boleh bikin mengantuk kah? Apa-apalah.

Habis cerita.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda?