Jul 10, 2011

Diari Anak-anakku - Lyna & Lisya

Entri tentang aktiviti Kanak-Kanak Tabika Perpaduan.

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Daerah Sandakan.
Tempat : Dewan Sibuga, Sandakan.
Tarikh : 09 Julai 2011 


Kanak-kanak tabika memang banyak aktiviti sepanjang tahun. Antaranya, pertandingan mewarna. Kedua-dua anakku yang bersekolah di Tabika Perpaduan Taman Rajawali, Lyna Ermieza (6 thn) dan Lisya Emilia (5 thn) antara peserta yang dipilih mewakili tabika dorang.

Lyna Ermieza, 6thn
Lisya Emilia, 5thn
Cerita pasal melukis atau mewarna, kedua-dua dotterku ni memang suka melukis dan mewarna, terutama si Lyna. Kalau pensil warna tu, boleh dikatakan kerap nak beli. Tapi, aku suka juga sebab aktiviti ni positif dan bagus untuk perkembangan minda kreativiti dorang. Lagipun, mungkin sebab faktor keturunan jugalah. Sewaktu zaman kanak-kanakku dahulu sehingga sekolah rendah hingga menengah, aku memang gemar melukis dan mewarna. Malah, aku pernah mewakili sekolah masa sekolah rendah dahulu. Di sekolah pun, subjek lukisan ni ibarat "kacang ja.....hehe" jadi, anak-anakku mewarisi bakat ni dari mak dorang juga, kan..hehe :-) 

Aih, entri pasal anak..mak ni pulak yang lebih-lebih..interprem jap,haha!

Ok, back to entry. 

"Mak, kakak mewarna nda tekeluar..."
khusyuk mewarna
Lyna, pada masa umur awal 5 tahun tidak begitu menyerlah bakat melukis dan mewarnanya ni. Namun, apa yang aku perhatikan dia mula rajin melukis dan mewarna sejak menyertai pertandingan mewarna tabikanya pada tahun lepas 2010, iaitu ketika itu dia berumur 5 tahun. Sejak itu, dia asyik pesan minta belikan warna, kertas lukisan atau buku mewarna. Aktiviti ini jadi jadi rutin hampir setiap hari. Lisya pula, baru tahun pertama di sekolah tabika ni dan belum begitu menyerlah bakat terpendamnya.

Apapun jua, anakku masing-masing ada kelebihan dan kekurangan mereka. Sebagai ibu, aku amat memahami karakter anak-anakku ni. 

Yb Au Kam Wah menyampaikan piala dan hamper kepada Lyna.
Bergambar bersama pemenang no.2 dan no.3 serta YB Au juga Pegawai Perpaduan Bahagian Sandakan
Lyna ni sebenarnya pemalu, lebih-lebih lagi bila kena naik ke pentas.
Sebenarnya pada waktu ini, aku tak expect  kedua-dua anakku ni boleh menang. Tapi sewaktu diumumkan keputusan, aku tak sangka anakku yang no.3 Lyna Ermieza telah berjaya mendapat tempat pertama! Alhamdulillah, betul-betul aku tak sangka. Anakku berdua, mak tetap bangga dengan kamu!

Gambar beramai-ramai
Anakku Lyna & Lisya bergambar bersama rakan-rakan serta Cikgu Rin & Cikgu Rashidah.
Alhamdulillah, anak-anak seronok dapat hadiah dan hamper makanan. Mudah-mudahan kedua anakku ini jadi insan berguna dan cemerlang dalam pelajaran. 

Amin.

Feb 2, 2011

Hujan 'luar biasa' dan banjir di Sandakan

Sejak hari Ahad 23hb Januari lalu, Sandakan dah mulai disirami hujan lebat yang 'luar biasa' dan angin kencang yang tak kenal siang atau malam. Keadaan ini berlarutan sehingga hari Jumaat 28hb apabila hujan yang turun seakan semakin deras dan 'memukul'. Dan pada 28hb Januari bersamaan hari Jumaat, berlakunya banjir "berlumpur" yang paling teruk melanda hampir di seluruh Sandakan ini.

Lautan banjir di kawasan perumahan sekitar Batu 7
dan juga banjir lumpur di perumahan Batu 4

Sudah 4 kali aku mengalami keadaan sebegini dan bagi aku, banjir kali ini adalah yang paling teruk sekali kerana ianya melibatkan sebilangan besar kawasan di Sandakan. Mana tidaknya, banjir menenggelamkan beberapa kawasan perumahan sekitar Batu 7, Bandar Nam Tung dan Pusat Bandar Sandakan. Ekoran daripada hujan lebat berterusan juga telah menyebabkan tanah runtuh di kawasan Tanah Perkuburan Islam Jalan Buli Sim-Sim yang mana Masjid di situ turut dilimpahi dengan tanah berlumpur, begitu juga dengan keadaannya di Masjid Jamek Bandar Sandakan, dan banyak kawasan lain lagi yang tak dapat aku pastikan.

Runtuhan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Sim-Sim
dan limpahan tanah lumpur di Masjid Jamek Sandakan

Apa yang dapat aku katakan adalah memang amat payah mengharungi hidup sepanjang menghadapi situasi banjir sebegini. Rasa penat, kepayahan, mengantuk, kerisauan, kebimbangan dan harapan serta doa silih berganti. Meskipun ini suatu bencana alam, namun sebagai hamba Allah S.W.T aku redha dengan ketentuanNya. Timbul pertanyaan dalam diriku sendiri, apakah tanah kelahiranku Sandakan ini telah "kotor"? Makanya, berlaku hujan lebat yang luarbiasa hingga berlaku banjir disertai "lumpur" yang banyak? Kejadian hujan lebat dan banjir 'lumpur' ini seakan "menyuci'kan kekotoran yang telah menodai daerah ini. Maaf ya, ia hanya pandangan neutral dari insan kerdil seperti aku saja. Wallahua'alam.

Lautan banjir sekitar pusat Bandar Sandakan & Bandar Nam Tung

Namun apapun segala yang berlaku adalah atas kehendak Allah Taala jua. Musibah yang melanda tak perlulah dipertikaikan dan menyalahkan mana-mana pihak kerana tiada siapa mampu melawan kuasa alam. Dunia hanya pinjaman, akhirat jua kekal selamanya. Sebagai hambaNya aku redha dan menerimanya sebagai satu ujian yang memberi ingatan kepada diriku sendiri bahawa hidup ini tidak selamanya indah. Justeru, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan nikmat dan kurnia yang telah diberikanNya.

Semoga ada rahmat di sebalik kejadian ini. Insyaallah.

Jan 31, 2011

Pertemuan Aku dan Mereka


22 Jan 2011, sekali lagi menjadi tarikh keramat bagi aku. Dengan mendapat restu dari huby, akhirnya aku dapat keluar "hang-out" untuk bersama-sama dengan teman virtual yang hanya dikenali dalam laman sosial FB - Rozzee AlamKiamat with huby Redz Devil, Bapak Blues, Rose Ony, Mariati Arfah, Permata Impian, Chizu dan Jay Faisman atau lebih dikenali dikalangan teman2 FB sebagai Teng Faisman atau mambang kunenk. Boleh dikatakan masing2 memang pun telah kenal & pernah juga bertemu sekali dua sebelum ini kecuali si Jay Faisman yang baru pertama kali bertemu kali ini. Sebenarnya, kami pun jarang mengadakan aktiviti "hang-out" ni. Al-maklumlah masing-masing pun ada komitmen sendiri kan, so memang "kejarangan"la berjumpa, haha. Tapi, aku tetap bersyukur kerana Allah s.w.t telah memperkenankan impian dan harapan kami untuk bertemu di hari ini. Walaupun cuaca hari ni agak cerah dan panas, tapi syukurlah kerana semuanya memang 'sporting' dan berjalan juga dengan lancar yang sangat 'happening' sekali!


Ok, seawal kul 10 pagi, pergerakkanku bermula. Memandangkan aku dah dapat "green-light", so, aku dapat drive bawa kereta hari ni. Aku mulakan dengan ambil Oze n huby di rumah durang. Wah, janji jam 10.30 tapi dekat setengah jam juga aku menunggu di hujung jambatan, haha. Tapi, its ok la kan lagipun bukan selalu kunun, kuikui. Sementara menunggu, aku sempat ber-sms dgn Mariati dan Ros. Ros dah sampai dahulu di Champ Bowling manakala si Mar pula masih di klinik bt.4 sebab kurang sihat katanya. Dalam hatiku, kesian pula si Mar dan aku mula risau sikit macamana dia nak ke Champ Bowling dalam keadaan begitu dan jauh pula. Aku minta dia menunggu aku di batu 4 supaya senang aku singgah ambil sekali, tapi menurutnya dia akan pergi bersama si Permata. Oh, kalau begitu lega sikit hatiku. Lebih kurang jam 11 pagi, Oze n huby muncul..yeah..dan apa lagi aku pun terus memecut ke Champ Bowling, zaaassssssss.


Dalam jam 11.20 pagi, kami bertiga tiba di Champ Bowling. Ahh, sesampai seja di sana baru aku teringat yang aku terlupa membawa stokin pula, alalala. Nampaknya, kena beli lagi ni kan. Melangkah masuk ke dalam, sambil mata liar di sekeliling, akhirnya aku terpandang si Bapak Blues yang sudah sedia menunggu di Champ Cafe bersama si Ros dan seorang jejaka berkaca mata dan memakai jersi biru. Sekali pandang, dalam hatiku berkata "ahh...si anu bah ni..hehe". Namun, aku hanya diamkan diri seperti biasa. Si Bapak mempersilakan kami duduk sementara Rozzee dan Ros pula berpelukkan erat untuk pertama kalinya mereka berjumpa. Then, bermula la mukadimah....hehe ;) Selepas order minuman, barulah si Bapak perkenalkan jejaka yang duduk disebelahnya itu sebenarnya dialah si Jay Faisman aka Teng Faisman aka mambang kunenk, haha. Lantas, berderailah ketawa kami menceriakan suasana ringkas itu.

[ pica dari album Redz ]

Selesai minum, lebih kurang jam 11.50pg kami mula bergerak menuju ke ruangan bowling untuk memulakan aksi masing-masing, hehehe *smug*. Dalam pada itu, Mariati dan Permata masih dalam perjalanan manakala si Chi pula akan datang kemudian kerana ketika itu dia sedang mengikuti bengkel. OK, bowling time! Macam2 aksi spontan, lucu dan kandid sepanjang hampir 1 jam kami bermain bowling ni. Dalam keasyikkan bermain bowling, tiba-tiba muncul Permata dan Mariati yang baru sampai. Nah, tambah rancak dan meriah riuhnya suasana ketika itu. Dan, masa permainan pun tamat jam 1 ptg..huhh....ada yang senyum girang, ada yang tetap stede, ada yang sibuk berurusan dan tak kurang juga yang tak henti2 dengan lensa kameranya, huehue. Dan di akhir2 itulah Chizu baru muncul dengan selambanya, haha. Maka, sesi berkenal-kenalan seketika dan penyerahan "Danbo Chan" secara rasmi kepadanya. Wah, sangat hepy dia! Selesai di situ, kami merakamkan detik kenangan manis itu dengan bergambar beramai2.

Ok, ready...satu.....dua..snap!


Dari Champ Bowl, kami bergerak ke Pasar Ikan Bakar di Sim-Sim...ngehhehheh

[pica dr album Oze]

Selesai makan ikan bakar, kami gerak ke atas bukit Trig Hill.


Dan, pergerakkan seterusnya ke Encore KTV di Sabah Hotel, owyeah.. Actually, aku first time masuk ke sini ni. Kalau tak silap aku, dahulu tempat ni adalah sebuah KTV Pub juga iaitu "Illussion". Selama sejam melimpar suara kunun di sini, haha. Apapun enjoy sedikit, berterabur problem seketika dan yang penting happening juga, yeah!


Siap "melalak" di ktv, destinasi terakhir kami mulanya nak ke kedai kopi "roti kawen" di depan pasir putih tu. Si Oze teringin sangat nak ke sana pekena roti kawen, haha. Tapi, memandangkan dah petang dan kemungkinan kedai tu dah tutup, maka destinasi beralih ke Kopitiam di Bandar Kim Fung, Bt.4. Walaupun jam lebih kurang pukul 4 ptg, tapi suasana di Batu 4 agak sesak dan jammed. Apa tidaknya kan malamnya tu ada Pasar Malam, patutlah sesak sangat! Setiba di Kopitiam, hampa lagi bila "roti kawen" dah habis daaaaaa..alamakk kesianla si Oze ni, huhu.. Last2, pekena roti bakar ajela. Sebelum beredar, sempat lagi kami merakam "jingle", opss.....aku msh belum sms/emelkan kpd si Oze....later2 k *wink2*


Wahhh, cukup padat aktiviti hari ni. Walaupun begitu, aku cukup gembira dapat "hang-out" dgn KAMU. Tiada apa yg mampu aku katakan, hanya ucapan terima kasihku yang tak terhingga kepada KAMU di atas segalanya untuk hari ini. Takkan aku lupakan kenangan ini selamanya dan insyaallah di suatu masa yang lain nanti kita bersua lagi, yeah.

Terima Kasih! Aku Fanatik Sama Kamoo~



Dec 23, 2010

Manis mulut, lain di bibir...dalam hati, wallahualam..

"Manis mulut, lain di bibir...sangatlah merbahaya....." antara bait-bait lagu nyanyian Zainal Abidin. Walaupun ia hanya ungkapan nyanyian dalam lagu, tapi realitinya tidak perlulah disangkal lagi. Lumrahnya kita bergelar insan biasa, perkara sebegini memang ada berlaku disekeliling kehidupan kita. Bukan niat untuk mengata, tapi inilah realiti inilah hakiki kehidupan normal manusia. Tidak semua, namun dalam seribu pasti ada. Mungkin, ini yang dinamakan sikap peribadi diri yang sukar dikawal. Bila sukar dikawal, maka ianya menjadi tebiat dan lama-kelamaan menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi sebati. Wallahu'alam.

Kenapa manis mulut lain di bibir?

Manis di mulut; dalam berbicara, ungkapan yang dituturkan sangat baik, manis belaka. Bila berbicara, segalanya indah dan baik belaka, segala puji-pujian dan sanjungan diberikan.

Tapi, lain di bibir; bila yang dituturkan itu tidak ikhlas dan tidak benar luahannya. Sebaliknya lain pula di belakang, penuh sindiran sinis, menikam dari belakang, gunting dalam lipatan atau talam dua muka dan macam-macam yang buruk dilemparkan. Mungkin, ini yang dikatakan "lain di bibir".

Jikalau sudah demikian keadaannya, apatah lagi hatinya. Kerana manis mulut lain di bibir ini akan sering memperdaya dan mungkin boleh juga menjerumus kepada perkara fitnah dan sebagainya. Nauzubillah...Justeru, bagi aku, cukuplah mata kita melihat, telinga kita mendengar dan hati kita merasa. Hanya doa dapat dipanjatkan agar insan seperti ini dapat berubah dan menemui jalan kebaikkan. Selebihnya itu, hanya Allah s.w.t. sahaja Yang Maha Mengetahui, wallahu'alam.

Oct 8, 2010

Muka(FACE) Buku(BOOK)

...singkatnya FB. Dlm bhs malaysia 'MukaBuku". Kdgkala d sebut 'pisbuk' saja, haha.

FACEBOOK pd masakini suda tak asing lagi. Sgt popular sebagai satu medium virtual yang menghubungkan manusia d seluruh dunia. Kongsi gambar, kongsi lagu, kongsi berita, kongsi bisnes malah kongsi ceritera kehidupan nyata suka mahupun duka.

Aku mula ber'pisbuk' pada 2009. Pada awalnya, aku tak begitu memahami selok-belok berpisbuk ni. Yang aku tau, add kwn, komen2 mana yang patut dan view pica2 menarik. Ok, aku ni pun jenis yang 'curious' juga, haha. Jadi, suma pun mo d'klik'. Last2, aku boring then aku mula main game. Farmville, Farmtown, Lil'Farm Life, Cafe World, Yoville : antara game2 kesukaan aku. Sehari tak main, tak sah. Akhirnya, aku jadi ketagih.

YM, Friendster, Hi5 dan Twitter aku delete! Cukupla FB seja dan aku suka! Di sini kwn2 maya ku jua ada. Ringkasnya, di sinilah bermula segalanya. Mendapat kawan baru, namun kawan lama virtualku tetap aku ingati. Melalui pisbuk ini jugalah aku dpt b'hubung semula dgn kawan semasa skula rendah, menengah, rakan sekerja, rakan sekuliah, bekas guru dan ahli keluarga yang jauh mahupun dekat.

Dalam pisbuk ini jugalah aku giat menyertai komuniti. Page SabahanBigForumPro (SBFP), Menu Crew, Warga Sandakan dan banyak lagi. Tapi, yang sangat dekat dihatiku ialah Group Warga 1 Sandakan (W1S) yang dicipta oleh sahabat mayaku sendiri iaitu Rozzee Alamkiamat. Ah, bermula lagi satu babak dalam hidupku kerana melalui page group W1S inilah, kwn2 maya yang selama ini aku kenali hanya di alam maya, berbicara hanya melalui ketikan2, b'kongsi kisah melalui gambar dan akhirnya kami menjadi sahabat nyata. Walaupun pertemuan kami hanya 2-3 kali, namun keikhlasan dan saling-menghormati atas dasar persahabatan jelas tergambar antara kami. Sungguh gembira! Secara peribadinya, jauh dlm sudut hatiku aku sgt gembira kerna telah menemui mereka - Rozzee, Redz, Dina, Impian Dalink, Puteri Ehsah myles. Dan juga kwn2 baru kebanyakkannya dari group W1S seperti Chizu, Bapak Blues, Pyan, MB, Nung, Mariati.

Ini saja coretan yang mampu aku luahkan. Terima kasih, teman.