Dec 25, 2008

2008 ohh....2008

Hanya tinggal lebih kurang seminggu saja lagi tahun 2008 bakal melabuhkan tirainya. Biasanya, bila tiba penghujung tahun, mesti kita akan mengimbas semula kenangan suka duka yg telah berlaku ke atas diri kita, kan? So, apakah perkara baik mahupun tidak yg telah kita harungi sepanjang tahun ini? Mungkin, segalanya itu melibatkan soal kerjaya, pelajaran, keluarga, teman2 ataupun percintaan. Tapi, walau apapun ia, sebagai insan kita perlu mengambil mana2 perkara yg baik itu sebagai pendorong untuk kita lebih bersikap positif dalam segala aspek. Manakala, perkara yang kurang menyenangkan pula kita jadikan iktibar dan pedoman untuk berubah ke arah kebaikan. Dan yang paling penting adalah diri kita sendiri boleh menerima semua bentuk kelemahan itu walaupun mungkin sukar untuk kita terima. Percayalah, semua itu adalah lumrah kehidupan. Apabila kita boleh menerima semua itu dengan penuh keterbukaan, maka hidup kita akan lebih bermakna dan kita menjadi lebih matang dalam mengharungi rencah kehidupan pada masa akan datang.

1. Kerjaya

Kerja aku alhamdulillah...baik sekali! Meskipun aku melaksanakan kerja2 berkaitan "administrative", namun aku juga terpaksa buat sedikit kerja2 untuk teknikal dan adakalanya melibatkan akaun. Kerja aku ni bolehlah dikatakan dah macam "rojak buah", haha! Bukan apa, actually memang disebabkan kurang staff la dan mungkin oleh kerana tiada staff lain yang sanggup buat agaknya..hehehe... Tetapi, aku memandang itu sebagai satu tanggungjawab meskipun aku akui adakalanya aku kurang faham dan selesa, namun aku tetap juga buat sebabnya aku ni "curious" gak orgnya... So, aku anggap ia sebagai satu "keseronokkan dalam bekerja" dan dengan berbuat begitu, aku merasa satu pengalaman kerja yang beshh sangat! Aku juga sangat menghormati rakan sekerja lain yang sememangnya jauh lebih tua daripada aku memandangkan aku adalah staff yg paling muda dikalangan kami..hehehe.. Aku akui memang terdapat segelintir staff yang merasa kurang senang, namun aku tidak memandang berat semua itu. Bagi aku, tanggujawab dalam melaksanakan tugas adalah lebih penting asalkan niat hati kita tidak menyimpang kepada yang tidak baik.

2. Pelajaran

Untuk tahun ini, aku telah melalui liku-liku tahun pertama sebagai part-time student. Meskipun aku mengalami sedikit kesukaran melibatkan masa antara kerjaya dan pelajaran, namun alhamdulillah berkat dorongan keluarga, rakan sekerja dan doa ke hadrat Yang Maha Esa, maka aku dapat harungi semua itu dengan baik. Di samping itu juga, aku giat menimba ilmu menerusi pelbagai sumber sebagai pemangkin usaha dan menambah pengetahuan. Aku juga sedar yang aku masih lemah dan banyak yang perlu aku pelajari dalam hidup ini. Justeru itulah aku ingin mendalami bidang-bidang tertentu dan insyaallah aku akan lakukan semua itu secara langkah demi langkah. Bagi aku, ingin mendalami sesuatu ilmu itu tiada batas sempadannya selagi kita gigih berusaha dan ikhlas untuk mendalaminya. Insyaallah..

3. Rakan-taulan

Sepanjang aku bergelar "part-time student" ini jugalah aku telah mengenali beberapa orang rakan baru. Meskipun berbeza usia, namun kami tetap saling menghormati antara satu sama lain. Oleh kerana kami masing-masing punya komitmen sendiri, maka kami hanya akan berjumpa dan berbincang pada hari kelas diadakan sahaja. Tapi, ada juga ketikanya kami membuat temujanji pada hari-hari tertentu dan biasanya pada hujung minggu untuk borak-borak serta berdiskusi tentang "assignment". Jika tidak, kami hanya akan berhubung menerusi SMS saja.

Oke, cukuplah setakat itu dahulu. Rasanya, apa yang aku nyatakan ini adalah antara pengalaman realiti yang berlaku ke atas diri aku buat masa ini. Selebihnya.........insyaallah akan aku titipkan sedikit masa lagi jika keadaan mengizinkan...hehehe...

Nov 1, 2008

Sandakan - Agnes Keith House

Suda lama rasanya aku tak menjenguk blogku ni. Hurmm..kesibukkan kerja di opez ditambah lg dgn statusku sebagai student amatlah memenatkan...

Ok, lupakan tentang kepenatan yg aku alami tu..hehe.. Actually, entry ni aku dah buat minggu lalu. Tapi, bz punya pasal terpaksa aku save sebagai draf aje, haha! Foto2 aku kali ni mengenai Rumah Agnes Keith ( Agnes Keith House ) yang terletak di atas bukit Jalan Istana, Sandakan. Di samping tu gak, aku menjenguk "lookout-point" di Rotary Observation Pavilion yg terletak berhadapan dgn Agnes Keith House ni. Jomm jalan2 kunu..

Hah, sesampai jak aku kluar dr keta trus snap yg ni.

Yang ni macam "lookout point" atau kawasan meninjau la. Berhadapan dgn Agnes Keith House tu je.
Dari sini, kita boleh meninjau & nampak bandar Sandakan tapi, tak keseluruhannya. Paling2 dapat tinjau laut jak. huhu..

Nah, kan.. paling2 dpt tinguk bangunan Menara M.P.S. jak tu..huhu

Seingat aku, masa aku kecik2 dulu arwah bapa aku pernah bw aku & abg2 aku p sini.
Tp, masa tu pokok2 ni takla besar & merimbun sgt seperti dlm foto ni..

( aku nak cari foto lama aku tu dlm album lama kluarga aku ni..hehe )

Rumah Agnes Keith ni dibuka kepada awam yang ingin berkunjung setiap hari dari kul 9 pagi hingga 5 petang. Tempat ni cantik sebab terletak di atas bukit dan berlatarkan alam sekitar yg penuh kehijauan.. So, bila melangkah masuk ke kawasan ni, mata pun redup jak kan..hehe

Lorong menuju ke atas - Agnes Keith House

Inilah Agnes Keith House. Tapi, taim ni aku tak berani nak masuk weii..
Cam seremmm plak aku tinguk ni..lgpun, taim ujan renyai2 ni..huhu

Ok, penat raun2 atas bukit ni perut terasa lapar la pulok..hihi.. Aku dan partner aku pun pegilah ke KFC dkt harbour tu...hehe
ok, dis is mine!! Set lunch plate..perghhhh!
taim2 mkn pun sempat gik snap..hehe..

ehh??? cam knl jak yg sorang tu??

Nah, kan..tepat sangkaanku!! Ini Jumadi, classmate aku masa form 4-5 (1995-1996) yg kebetulan ada d situ. Ingatanku msh kuat wei..dan kwn aku ni pun terus dtg ke arahku bertanya kbr!
Dari crita ringkas kami, dia ni dah keja sebagai cikgu di Beluran.
( actually, dia tak perasan pun aku snap fotonya ni..haha! )

Oct 28, 2008

Sepi itu Indah

Entah kenapa aku punya mode hari ni emo2 skit..hurmm.. Tetiba aku terkenangkan kwn lama yg aku knl hanya menerusi dunia virtual ini.. Namun, apa yg pasti sgt ialah aku tak bisa melupakan kenangan bersama kwn aku ni walaupun hakikatnya dia sudah pergi menemui Ilahi sudah lebih setahun yg lalu.. Sesungguhnya ajal maut itu ketentuan Tuhan. Aku yang msh ada di sini tetap pasrah dan menerima qada' dan qadar yg telah ditentukanNya. Cuma, aku agak terkilan kerna tak dpt melihat arwah buat kali yg terakhir.

Ahh..masih terngiang-ngiang suara arwah tu di telingaku! Arwah seorang baik.. Hanya itu yg dpt aku katakan. Dia suka spin lagu ketika dlm "room". Dan lagu ini sebenarnya adalah lagu pengenalan antara kami sebagai sahabat maya. Masih aku igt, pd pertama kali arwah call PC aku, dia mengarkan aku lagu ini dan berkata.,"dgr dlu lagu ni ahh..jd, bila2 klu ko igt aku, ko dgr jak lagu ni,k...." aku OK saja. Katanya lagi, lagu itu menceritakan tentang dirinya yang berada di perantauan. Selesai jak abis lagu tu, dia sent padaku lagu tu. Aku pernah katakan padanya, mmg best lagu ni dan sesuai dgn citarasaku. Lagu ni actually nyanyian band Indon iaitu band "Dgyta". Mmg beshhh dan membuai perasaan.

Arwah seorang sahabat yang baik. Sering menasihatiku agar "jgn mudah emosi bila diri dikuasai keadaan" & sentiasa bersabar. Meskipun hanya pernah dengar suara dan melihat celotehnya hanya menerusi taipan virtual, tetapi aku suda dpt meneka sifat2 azali dlm dirinya. Cuma, kami tidak ditakdirkan untuk bertemu di alam nyata. Kini, yang tinggal hanya secebis memori yg tipis dan lirik lagu yg syahdu menjadi kenang-kenangan. Puitis, epilog sebuah kesepian.

~Kesepian~

kurindu disayangi
sepenuh hati
sedalam cintaku
setulus hatiku

kuingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan

*
bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku
lagi

tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir

bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku
adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

back to *

adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

Semoga roh arwah dicucuri rahmat ya Illahi...al-Fatihah

ceritera sekeping foto