foto oleh : Jore |
Tanggal 29 Disember 2011 ~ adalah tarikh ulangtahun Bonda tercinta yang ke-63 tahun. Aku, kakak dan adik bungsu telah merancang untuk membuat majlis makan-makan sekeluarga bersama Bonda di rumah kakak saja pada jam 8 malam. Abang-abang dan iparian diberitahu melalui telefon supaya datang malam nanti. Maklumlah, hanya waktu begini kami dapat berkumpul bersama, walaupun sebenarnya tidaklah semua adik-beradik dapat berkumpul. Namun, apa yang paling penting ianya adalah hari ulangtahun kelahiran Bonda tercinta kami satu-satunya.
Suasana seronok bila dalam keadaan begini, macam-macam cerita suka duka dikongsikan. Melihat gelagat anak-anak buah semuanya, pada ketika ini masih muda-muda, dikatakan masih budak sekolah. Ada yang masih belum bersekolah dan ada yang sudah tamat persekolah menengah. Menarik hidup ini, bukan? Untuk tahun ke hadapan lagi, umur meningkat dan anak-anak serta anak-anak buah lain juga membesar dan menjadi dewasa. Diri kita pula menjadi tua dimamah usia. Entah bagaimanalah ya bila anak-anak dan anak-anak buah pada ketika itu? Rupa-paras pun berubah, perwatakan sudah lain, ada yang sudah perawan dan bagaimana tahap pelajaran mereka ketika itu. Ya Allah, sungguh luas penguasaanMu.
Aku hanya mampu berdoa semoga Bonda tercinta sihat walafiat dan panjang umur. Begitu juga dengan adik-beradik lain serta anak-anak buah yang lain. Semoga keluargaku ini menjadi sebuah keluarga yang bahagia, kekal dengan kasih sayang di antaranya dan selamat dunia akhirat dengan limpah rahmat dariNya Allah SWT.
Tidak dilupakan buat arwah Ayahanda tercinta kami yang sudah 8 tahun pergi meninggalkan kami. Semoga roh Ayahanda kami dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan hamba Mukmin yang beriman. Al-Fatihah. Amin.
No comments:
Post a Comment
apa kata anda?