Dec 6, 2011

Pemergian

Gambar semasa Hari Raya Aidilfitri di rumah Kinarut pada 1/9/2011

Inilah foto terakhir dan terkini bagiku yang sempat dirakamkan bersama Arwah Makcik Sapiah  binti Awang @ Mama Tua (kakak arwah bapa) tiga bulan lalu iaitu semasa Hari Raya Aidilfitri.  Ketika itu, aku dari perjalanan pulang dari Sipitang bersama suami dan anak-anak. Aku memang teringin sekali berjumpa arwah waktu itu kerana sudah lama tidak bertemunya dari sejak kali terakhir semasa majlis tahlil arwah bapa pada April 2003, lapan tahun yang lalu. Hampir-hampir rancangan tak menjadi kerana terlalu letih dan kasihan melihat anak-anak yang sudah keletihan. Tapi sesungguhnya dengan izin Allah s.w.t.,  akhirnya telah memberikan kesempatan untuk itu. Lebih-lebih lagi setelah mendengar suara arwah menerusi telefon yang mengatakan dia sedang menunggu kedatangan kami beraya, hatiku jadi sayu dan tak sampai hati. Ya Allah, sungguh luas penguasaanMu. Apapun aku bersyukur ke hadratMu kerana telah memberikanku kesempatan bertemu dan bersama arwah semasa Hari Raya lalu itu. Syukur ya Allah..... 

Walaupun aku dan juga ahli keluarga lain tak sempat melihat arwah disemadikan, namun kami tetap bersyukur kerana pada ketika ini ahli keluarga jauh dan dekat dapat berkumpul semula setelah sekian lama. Arwah Mama Tua meningggal dunia di rumahnya di Kinarut pada 3/12/2011 dan berita pemergiannya hanya kami ketahui pada keesokkannya 4/12/2011 melalui sms. Dan pada hari itu juga aku membawa dua orang anakku bersama mak, abang dan adik bertolak ke Kota Kinabalu dengan kenderaan. Ahli keluarga lain iaitu pakcik Alias dari Sandakan, pakcik Roslee dan isteri makcik Julie serta anak bongsu Dira juga dari Sandakan, pakcik Jenal dari Sandakan, makcik tangah Jamilah dan suami pakcik Nassar serta anak menantu cucu dari Menumbok/Kuala Penyu serta makcik bongsu Maimunah dan suami, dari Lahad Datu jua turut sama. Walaupun tidak sempat meratapi wajah terakhir jenazah, namun di kesempatan inilah kami berkumpul semula dalam keadaan sayu, hiba, sedih bercampur gembira dan terharu. Justeru, pada ahad 5/12/2011 kami mengunjungi pusara arwah yang disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Kinarut.

Semoga roh arwah disemadikan dikalangan hambaNya yang bertaqwa dan beramal soleh. AL-FATIHAH.

No comments:

Post a Comment

apa kata anda?