Oct 28, 2011

Hijrahku


Bismillahir'rahmanir'rahim dan syukur alhamdulillah ke hadrat Allah SWT atas limpah kurnia dan rahmatNya. Inilah bingkisan 'Hijrahku'.



Di ambang Syawal 1432H
Telah lama aku titipkan doa
Menadah tangan pada-Mu Ya Rabb'
Petunjuk ke jalan kebenaran
Hijrahku demi kesucian jiwa
Hijrahku demi ketenangan abadi
Hijrahku demi meraih keredhaan dari-Mu
 Mengutip amal ibadah di dunia fana ini
Demi bekalan di akhirat yang abadi..



Sahabatku, jika anda menanamkan niat baik demi meraih keredhaan dari Allah SWT, teruskanlah. Sesungguhnya Allah swt sentiasa menolong hambaNya yang inginkan kehidupan sempurna mengikut landasan agama Islam. Sebagai ingatan sahabat dan diriku sendiri, hidup kita hanya sementara dan mati itu pasti berlaku hanya kita tak ketahui bila waktunya kerana itu adalah rahsia Allah. Justeru, selagi kita masih sihat dan diberi peluang maka lakukanlah amalan baik lagi berguna yang diredhai Allah SWT.  Percaya dan yakinlah bahawasanya dalam hidup ini, apabila kita ikhlas  terutama dalam melaksanakan ibadah serta amalan harian demi menyucikan hati dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang kita perolehi, insyaAllah...Allah SWT itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Amin Ya Rabbal Alamin.