Oct 12, 2011

Borneo Birds Festival @ RDC Sepilok, Sandakan.

Tarikh : 11.10.2011
Tempat : RDC Batu 14, Sandakan.
Agenda : Borneo Birds Festival 11 - 14 Oktober 2011 & Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 6 Tahun.

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak 6 Tahun Untuk Pra-Sekolah
Anakku Lyna Ermieza (6 thn) terlibat dalam Pertandingan Mewarna sempena Borneo Birds Festival di RDC ni bagi mewakili Tadika Perpaduan bersama rakannya yang lain. Memang bakat semulajadinya pandai melukis dan mewarna. Mungkin, dia mewarisinya daripada diriku sendiri, hehe. Syukurlah, kan. Melihatkan minatnya, maka aku sentiasa memberi galakkan dan sokongan moral serta tunjuk ajar kepadanya tentang teknik mewarna dengan baik.
Lyna Ermieza, 6 Tahun.


Ok, tema lukisan mereka untuk pertandingan ini ialah mewarna "Angry Birds". Ibubapa pula tak dibenarkan bersama anak semasa acara berlangsung. Namun, aku tetap mendoakan agar anakku buat yang terbaik. Tetapi, di akhir keputusan guru tadikanya memberitahuku bahawa lukisan anakku tidak terpilih kali ini. Bukan kerana tidak cantik, cuma pemilihan/penggunaan warna pula yang tak menepati pengadil. Aku lihat anakku "frust"  sedikit kerana lukisannya tidak dipaparkan. Namun, aku memujuknya dan tetap memuji lukisannya sangat cantik! Dia 'cool' juga akhirnya. Ah, adat pertandingan. Apapun aku gembira kerana ini adalah pendekatan yang baik untuk anakku. 
Suasana dalam bilik pertandingan mewarna
Borneo Birds Festival (11 - 14 Okt 2011 )

Selesai sudah pertandingan mewarna, kemudiannya aku membawa anakku melihat suasana sekitar di RDC.  Actually, dua anakku yang lain jua turut ku bawa bersama di samping rakan W1S juga ada iaitu saudari El Syifa serta anak buahnya. Best woo!

Dalam pesta ini juga ada dibuka 'booth' atau gerai antaranya seperti booth Canon dan Nikon serta beberapa booth yang menjual aksesori lukisan, baju, membuat tatu (tattoo) dan sebagainya. Selain itu juga, terdapat "Boat Riding" dengan kadar bayaran fee RM5 untuk 15 minit. Yang mencabarnya ialah semasa kami menyusuri hutan dengan melalui jambatan besi (canopy walk) dan menaiki menara tinjauan burung. Aduh, aku memang gayat sikit kalau kes macam ni, huhu. Tapi, anakku pula yang excited..haha!

Walaupun hampa sebab tiada kelibat seekor burung pun yang kelihatan. Mungkin, masa tengahari burung-burung ni sedang berehat dalam sarang, agaknya. Tapi, apapun life mesti enjoy dan bahagia...chill! :-)
Fuhhhh...
Booth Tattoo
Booth Canon T-Shirt Printing
Booth Nikon Binocular
Jetty (Boat Ride)
Terupungg apa tuu..?
Memulakan perjalanan
Aku b'sama anakku, El Syifa & anak buahnya.
Menara Peninjau
Pelancong pun ada bah.. :-)
Sebelum menaiki jambatan gantung
Jambatan Gantung
Letih....
Sempat lagi posing tepi tasik..hehe

No comments:

Post a Comment

apa kata anda?