Homemade Chocolate Moist Cake Kukus
Kek ni sebenarnya aku buat untuk my dotter yang no-4, Lisya Emilia ( 6 thn ) untuk Majlis Sambutan Harijadi Kanak-Kanak Tabika Perpaduan Taman Rajawali pada 13/09/2012 tu. Tabika mydotter buat majlis tu untuk meraikan harijadi kanak-kanak dari bulan Mei sehinggalah September. So, mydotter befday 28/08 lepas, jadi termasuklah juga sekali..hehe
Kek ni pun simple dan senang jak nak buat. Tak perlu bakar, kukus saja.
Bahan-bahan :
Bahan A :
1 cwn serbuk koko1 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
Bahan B :
3 biji telur1 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan untuk Topping :
2 sb serbuk koko4 sb gula
3 sb susu pekat manis
5 sb susu cair
1 sk vanilla essence
3 sb marjerin
1 sk garam
1 1/2 cwn air panas.
3 sb tepung jagung dibancuh dgn 1/2 cwn air.
Cara Masak :
Panaskan dengan api sederhana hingga semua bahan cair dan sekata. Asing dan sejukkan.
Pukul telur 3 biji.
Kemudian, masukkan bahan A. Kacau hingga sebati.
Ayak tepung gandum bersama baking powder, soda bikarbonat dan campurkan dalam bancuhan telur dan bahan A.
Kukus selama 1 jam dengan api sederhana.
Cara Masa Toping:
Bila mendidih, masukkan air bancuhan tepung jagung, kacau hingga likat
Matikan api, angkat dan siram ke atas kek yang sudah masak. Ratakan.
Hiaskan dengan taburan colouring rice yang berwarna-warni.
No comments:
Post a Comment
apa kata anda?