Nov 27, 2011

Salam Ma'al Hijrah 1433H/2011M

 "Aku naik saksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah,
dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu Pesuruh Allah"

Ma'al Hijrah adalah hari penting sempena peristiwa yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah demi menegakkan syiar Islam pada tahun 622 Masehi. Peristiwa itu berlaku pada 1 Muharram yang merupakan hari pertama dan tahun baru bagi takwim hijrah.

Dan alhamdulillah, selepas hijrahku lebih kurang 2 bulan lepas kini dengan kedatangan awal Muharram ini telah menambahkan lagi kekuatan serta keazamanku untuk lebih mendalami ilmu agama Islam yang suci ini. Bagiku kesempurnaan seorang insan bukan saja terletak pada luaran, malah perlu disempurnakan dalamannya dahulu iaitu hati nurani. Hati yang perlu disucikan agar dapat menerima ilmu dan hati di mana letaknya keimanan serta taqwa. InsyaAllah, dipermudahkan.

1 Muharram detik permulaan
Perpindahan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirrin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua kita sambut Ma'al Hijrah
Tekadkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman.
~~~~~